Custom Search

Tuesday, June 30, 2009

Dilema

samar pada perasaan
kabur dijalanan
keliru dalam tindakan
berakhir kebuntuan
dalam meraba kepastian
yang tiada daya kugenggam
hingga longlai kebisuan
dalam arus dilema berpanjangan

kubiar berlalu
dibawa arus begitu
kerana apa yang aku tahu
ia tetap pergi
dan sesuatu yang menanti
ku harap langkah kini
tak berduka dikemudian hari

diri yang begini
ku memapah berjalan
menyusuri terus kehadapan
dalam meniti detik berkunjungan
tanpa menghirau kepenatan
yang bercengkaman
cukuplah kesabaran
sahaja yang mengulik jiwa ini
merentasi duri sebegini

By Ustaz
Maznan

Thursday, June 11, 2009

Suatu persoalan

Satu persoalan.. sempurnakah kita sebagai seorang teman?Atau mungkin seorang kekasih? Atau sebagai sahabat setia?..Dan sesekali kita tidak faham pun akan jiwa seorang insan..We have to face the reality even it'll hurt our hearts.. do read, and find out yourself.. Renungkan.... Hayati dan fahami....

Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.... Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa... Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan... Berkhasiat... Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu... Menyayangimu... Mengasihimu... Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan... Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan menyesal..... Moga selepas ini, kita akan lebih memahami diri kita dan juga orang lain.. insya Allah

  © Blogger template 'Portrait' by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP