"Menulis bukan untuk memberi TAHU, tetapi ingin mencetus MAHU, agar bergerak menuju MAMPU. Pencerahan bukanlah pada mengumpul pengetahuan, tetapi kembara insan mencari TUHAN" - ABU SAIF
samar padaperasaan kabur dijalanan keliru dalam tindakan berakhir kebuntuan dalam meraba kepastian yang tiada daya kugenggam hinggalonglai kebisuan dalam arus dilema berpanjangan
kubiar berlalu dibawa arus begitu kerana apa yang aku tahu ia tetap pergi dan sesuatu yang menanti ku harap langkah kini tak berduka dikemudian hari
diri yang begini ku memapah berjalan menyusuri terus kehadapan dalam meniti detik berkunjungan tanpa menghirau kepenatan yang bercengkaman cukuplah kesabaran sahaja yang mengulik jiwa ini merentasi duri sebegini
Satu persoalan.. sempurnakah kita sebagai seorang teman?Atau mungkin seorang kekasih? Atau sebagai sahabat setia?..Dan sesekali kita tidak faham pun akan jiwa seorang insan..We have to face the reality even it'll hurt our hearts.. do read, and find out yourself.. Renungkan.... Hayati dan fahami....
Jika kamu memancing ikan.... setelah ikan itu terlekat di mata kail, hendaklah kamu mengambil terus ikan itu.... janganlah sesekali kamu lepaskan ia semula ke dalam air begitu sahaja.... kerana ia akan sakit oleh kerana bisanya ketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan menderita selagi ia masih hidup. Begitulah juga setelah kamu memberi banyak pengharapan kepada seseorang... setelah ia mula menyayangimu hendaklah kamu menjaga hatinya.... janganlah sesekali kamu terus meninggalkannya begitu sahaja.... kerana dia akan terluka oleh kenangan bersamamu dan mungkin tidak dapat melupakan segalanya selagi dia mengingatimu.... Jika kamu menadah air biarlah berpada, jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh.... cukuplah sekadar keperluanmu.... Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... akhirnya ia dibuang.... sedangkan jika kamu cuba membaikinya mungkin ia masih boleh digunakan lagi.... Begitu juga jika kamu memiliki seseorang terimalah seadanya.... Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu istimewa.... anggaplah dia manusia biasa... Apabila sekali dia melakukan kesilapan bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya.... akhirnya kamu kecewa meninggalkannya. Sedangkan jika kamu memaafkannya boleh jadi hubungan kamu akan berterusan hingga ke akhirnya.... Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi... yang kamu pasti baik untuk dirimu... Mengenyangkan... Berkhasiat... Mengapa kamu berlengah, cuba mencari makanan yang lain.. Terlalu ingin mengejar kelazatan. Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan menyesal. Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan..... yang kamu pasti membawa kebaikan kepada dirimu... Menyayangimu... Mengasihimu... Mengapa kamu berlengah, cuba membandingkannya dengan yang lain. Terlalu mengejar kesempurnaan... Kelak, kamu akan kehilangannya apabila dia menjadi milik orang lain.. Kamu juga yang akan menyesal..... Moga selepas ini, kita akan lebih memahami diri kita dan juga orang lain.. insya Allah
segala cerita yang dipostkn dalam blog ini adalah diambik daripada beberapa sumber seperti syok.org dan mkv2u.blogspot.. jika anda berminat untuk meletakkan dalam blog anda sila berikan kredit kepada mereka.. terima kaseh..